30 minit tangkap ular sawa telan anak lembu
Iklan
HULU TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Terengganu mengambil masa setengah jam untuk menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan anak lembu di Kampung Tapah, di sini pada Ahad.
Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit pada jam 9.16 pagi sebelum bergerak ke lokasi bersama dua pegawai dan lima anggota.