Sarawak guna RM300 juta kos operasi vaksinasi Covid-19

Iklan
- Gambar hiasan

SIBU - Sarawak membelanjakan RM300 juta untuk membiayai kos keseluruhan operasi vaksinasi sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, peruntukan itu digunakan bagi membiayai perkhidmatan sokongan termasuk pengangkutan menghantar vaksin ke kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Iklan
Iklan

Katanya, dana tersebut juga digunakan untuk menampung kos pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) serta pusat kuarantin di hotel, selain kos menganalisa ujian calitan yang ditingkatkan daripada 2,500 sehari kepada 6,000 sehari ketika kes mencatatkan peningkatan mendadak.

Iklan

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 petugas barisan hadapan dari pelbagai agensi kerajaan dari bahagian dan daerah di wilayah tengah Sarawak.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS0berkata jumlah penduduk Sarawak yang layak dan telah mendapatkan dos penggalak kedua setakat ini masih rendah iaitu 7.1 peratus.

Iklan

"Ini sangat rendah. Kita mohon kepada orang ramai yang belum dapat dos penggalak kedua supaya berbuat demikian dengan segera,” katanya. - Bernama