Gelagat 'Jaguh' di Lost World of Tambun

Iklan
COMEL... Gelagat badak air bernama 'Jaguh' (kiri) bersama ibunya 'Juwita' menghampiri pengunjung di Taman Tema Air Lost World of Tambun (LWOT) hari ini.

Jaguh adalah badak air pertama yang dilahirkan di LWOT pada 18 Jun lepas dengan berat 50 Kilogram.

Kelincahan Jaguh akan menjadi tarikan baru di LWOT selepas haiwan tersebut kini mula dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir di sini bermula hari ini.