PRU15: Warisan kenal pasti 26 calon Parlimen

Iklan
Mohd Shafie ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2021 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA di Penampang.

PENAMPANG - Parti Warisan (Warisan) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) termasuk sudah mengenal pasti calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, persediaan itu termasuk senarai calon yang dikenal pasti bagi 26 bahagian kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Ya kita besedia malah dari segi calon pun kita sudah tahu. Saya sudah maklumkan dengan semua bahagian bagi senarai dan saya sudah kenal pasti mana-mana bahagian 26 kerusi yang ada iaitu untuk Parlimen, untuk DUN pun saya sudah kenal pasti.

"Kalau mereka bubar takkan kita tak sediakan, kita sudah ada pilihan raya yang dulu di Sabah dan kita tahu pilihannya.

Iklan

"Kita tidak boleh hanya melihat Parlimen saja (bubar). Kita tidak tahu sama ada mereka akan bubar (DUN) tetapi kita sedia saja, kita tidak boleh tunggu sehingga mereka umumkan. Kesiapsiagaan untuk kita tentukan," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2021 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada Sabtu.

Mohd Shafie ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2021 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA di Penampang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya persediaan Warisan untuk menghadapi PRU15 berikutan pembentangan Bajet yang akan diadakan pada 7 Oktober yang mungkin sebagai petanda akan berlakunya pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna itu turut membayangkan akan bergerak solo dalam PRU15 bagaimanapun masih menyebut mengenai soal kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Bagaimanapun, katanya, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa namun bersedia untuk 'mengubah' senarai calon jika ia berlaku.

"Saya sudah sebutkan, antaranya PBS dengan kita memang tidak boleh dipaksa, kalau orang tidak mahu buat apa mahu paksa.

"Senarai calon Warisan untuk kesemua kerusi Parlimen di Sabah telah dikenal pasti, kalau PBS ada saya tahu di mana mahu 'adjust', saya tahu di mana kekuatan PBS," jelas beliau.