Tidak adil parti politik persoal kebebasan badan kehakiman
Iklan
Muhyiddin (tiga dari kiri) semasa Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang pada Sabtu.
SERDANG - Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak adil bagi mana-mana parti politik untuk mempersoalkan kebebasan badan kehakiman dan membuat ugutan terhadap hakim apabila pemimpin mereka dijatuhkan hukuman.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka seharusnya akur dengan keputusan mahkamah.
Iklan
Iklan
"Tidak adil bagi mana-mana parti politik untuk mempersoalkan kebebasan badan kehakiman, apa lagi membuat ugutan terhadap para hakim apabila pemimpin mereka dijatuhkan hukuman.
"Akurlah dengan keputusan mahkamah,” katanya semasa merasmikan Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.
Iklan
Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, adalah menjadi prinsip gabungan itu untuk menjunjung kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.
Selain itu, Muhyiddin dalam ucapannya turut berkata bahawa beliau menyedari terdapat garis pemisah yang amat kabur antara pendanaan politik dan rasuah.
Iklan
Disebabkan itu, beliau berpandangan sebuah Akta Pendanaan Politik wajar digubal bagi mewujudkan budaya politik yang bebas rasuah dan berintegriti.
Katanya, sebuah jawatankuasa di peringkat PN boleh ditubuhkan untuk mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
Beliau juga turut mahukan subjek transformasi politik yang bebas rasuah dan berintegriti menjadi agenda utama PN.
"Yang boleh dibahas dengan lebih lanjut di dalam konvensyen ini dan dikemukakan syor-syor untuk diteliti oleh Majlis Tertinggi PN dan diambil tindakan susulan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled"><meta itemprop="description" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled
Keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau sebaliknya susulan kemelut hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804547/berita/politik/kemelut-umno-dap-bubar-parlimen-atau-sebaliknya-terserah-kepada-pm-ndash-khaled-nordin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #dap #bubarparlimen #khalednordin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T06:34:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwhyza"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwhyza"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwhyza"></script>