BEREGU negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, sebentar tadi.
Beregu pilihan keenam itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seong Jae 21-18, 21-16 dalam saingan selama 40 minit di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.
Iklan
Iklan
Pertembungan antara dua pasangan itu berlangsung sengit sejak awal permainan, namun gadingan negara lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-18.
Sol Gyu-Seong Jae cuba bangkit memberi tentangan pada set kedua, namun laluan ke kelompok empat terbaik berpihak Aaron-Wooi Yik menerusi kemenangan 21-16.
AKAN MENYUSUL