Potong lidah bekas isteri selepas bercerai

Iklan
Gambar hiasan

ISLAMABAD - PAKISTAN. Polis Pakistan telah menahan seorang lelaki kerana memotong lidah bekas isterinya dengan gunting selepas menceraikannya.

Lelaki dikenali sebagai Jehangir itu dilaporkan melarikan diri dari perkampungan Mustafabad di daerah Hafizabad pada Jumaat lalu sebelum berjaya ditangkap sehari selepas itu.

Iklan
Iklan

Dia turut memukul dan mencederakan wajah serta tangan mangsa selepas menceraikannya beberapa hari sebelum kejadian itu.

Menurut bapa mangsa, bekas menantunya itu berniat membunuh anaknya.

Iklan

Dawn melaporkan Jehangir masuk ke rumah keluarga bekas isterinya dan menarik wanita itu ke salah sebuah bilik yang kemudiannya dikunci sebelum melakukan perbuatan kejam itu.

Ibu mangsa yang berada di rumah ketika itu segera membantu dan membawanya ke hospital.

Iklan

Sementara itu, polis mengesahkan penangkapan suspek dan gunting yang digunakan untuk mencederakan bekas isterinya turut ditemui bersamanya. - Agensi