Salah perlu buktikan masih 'berbisa'

Iklan
Salah sudah menghasilkan dua gol daripada tiga perlawanan, namun belum memadai untuk melonjak Liverpool dalam saingan EPL musim ini. - Foto Agensi.

MOHAMED Salah perlu bangkit segera mempamerkan 'bisa' sebenar yang selayaknya dengan perjanjian baharu diberikan Liverpool kepada pemain antarabangsa Mesir itu.

Bekas pemain antarabangsa Belanda, Nigel de Jong berkata, Salah mempunyai masa setahun untuk membuktikan dirinya bernilai buat The Red bagi tempoh beberapa tahun lagi.

Iklan
Iklan

"Jika saya pengarah sukan dan baharu saja menyambung kontrak pemain terbaik dalam skuad, saya akan memberi anda tempoh setahun untuk membuktikan kemampuan.

"Adakah anda bernilai lagi tiga tahun? Anda perlu menghasilkan nombor yang sama terutama dengan gaji diterima," ujar De Jong.

Iklan

Dengan Sadio Mane yang berhijrah ke Bayern Munich, langkah itu mewakili sebahagian besar perpindahan luar musim Liverpool untuk terus mengekalkan Salah sebagai watak penting di era Jurgen Klopp di Merseyside.

Bagaimanapun dengan permulaan musim yang perlahan buat Liverpool menyaksikan Salah antara pemain yang menjadi bahan kritikan peminat.

Iklan

Gol kedua daripada penyerang itu pada kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Manchester United tidak memadai untuk mengelak kekalahan 1-2 The Reds kepada United.

Dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan, Liverpool boleh dianggap berdepan saingan sukar dalam perebutan kejuaraan dengan Manchester City.

De Jong berpendapat bahawa Salah mempunyai tempoh masa terhad untuk membayar kepercayaan diberikan kepadanya.

"Saya fikir sangat penting bagi Salah dan Liverpool mencari jalan untuk berjaya bersama-sama dan berusaha kekal di Liverpool untuk tempoh lama. Jika tidak mereka perlu membuat satu keputusan.

"Saya sudah menyebut berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mane ada jiwa pasukan. Dia adalah pemain yang lengkap dengan tenaganya, menghasilkan angka dan cara dia melangkah ke depan.

"Sudah tentu saya tidak mengatakan Salah bukan pemain yang hebat, tetapi mengejutkan apabila ia berkaitan dengan nombor," ujar De Jong.