Gesa tubuh RCI siasat rasuah, penyelewengan LCS
Iklan
Liew Chin Tong
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menggesa Jemaah Menteri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat rasuah dan penyelewengan dalam perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Selain itu, beliau turut meminta Jemaah Menteri mencadangkan hala tuju, penggubalan undang-undang dan tata kelola baharu bagi mengelakkan pengulangan penyelewengan seperti projek LCS dan projek kapal peronda generasi baharu (NGPV).
Iklan
Iklan
"Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan projek LCS dan projek NGPV dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan serta-merta.
"JKSTUPKK juga siasat 16 kes ‘land swap’ dan 12 kes didapati bermasalah. Laporan dinyahklasifikasi pada April 2019 dan diserahkan kepada SPRM,” ciapnya di Twitter milik beliau pada Rabu.
Iklan
"SPRM hantar wakil ke prosiding PAC.
Mereka juga terima semua laporan JKSTUPKK dan Laporan Pengauditan Forensik projek LCS.
Iklan
"SPRM patut ada maklumat dan bukti yang cukup untuk siasatan, tangkapan serta pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.
"SPRM perlu ambil tindakan serta merta,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>