BN sasar 16 Parlimen, 36 DUN di Perak

Iklan
Mohamad ketika menyampaikan ucapan sempena perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.

IPOH - BN meletakkan sasaran sebanyak 16 kerusi Parlimen perlu dimenangi di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu parti membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, BN berpeluang untuk menang sebanyak 36 kerusi bagi membolehkan mereka mentadbir Perak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat 11 kerusi Parlimen sedia ada yang dimenangi di Perak pada PRU14 lalu manakala 27 lagi melibatkan kerusi DUN.

"Ini saya dah buat perkiraan untuk melengkapkan bahawa BN boleh menubuhkan kerajaan selepas PRU15 nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.

Iklan

Hadir sama pada program tersebut, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Mohamad (tiga dari kanan) ketika hadir ke perjumpaan dengan jentera BN Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada malam Isnin.

Mohamad berkata, bagi kerusi DUN pula, BN Perak mampu menambah sembilan kerusi yang mana lima daripadanya merupakan kerusi yang tewas dengan majoriti kurang 1,000 undi pada PRU14 lalu.

Iklan

Lima kerusi DUN berkenaan ialah Chenderiang, Selama, Kubu Gajah, Titi Serong dan Behrang.

Menurutnya, empat lagi kerusi pula diyakini mampu dimenangi sekiranya jentera BN bekerja lebih kuat pada PRU15.

"Saya nasihatkan supaya kita ketepikan dulu apa saja kepentingan peribadi, perselisihan faham antara kita. Keutamaan kita adalah untuk menghadapi pilihan raya dan menang menubuhkan kerajaan.

"27 kerusi yang perlu kita kekalkan, sembilan kita boleh ambil balik dan kita akan dapat menubuhkan kerajaan BN negeri Perak, satu kerajaan yang majoritinya selesa untuk kita mentadbir kerajaan pada PRU15 nanti," katanya.

Sementara itu, Mohamad mengakui berpuas hati dengan persiapan dan kesiapsiagaan BN di 10 negeri yang telah dikunjungi sebelum ini.