Isu bas persiaran: Gesa mesyuarat bersama kementerian pelancongan

Iklan
Simon (dua, kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil kementerian pelancongan di Putrajaya hari ini.

SHAH ALAM - ​​Persatuan Pemandu Van Persiaran Kuala Lumpur dan Selangor​ menggesa satu mesyuarat diadakan​​​ bersama kementerian pelancongan dalam masa terdekat.​

​​​Pengerusinya, Simon Sim berkata​, pertemuan itu sangat penting bagi membincangkan isu permohonan pihaknya berhubung ​​kelonggaran membawa 10 penumpang tanpa memerlukan khidmat pemandu pelancong.

Iklan
Iklan

"​Kita sudah ​hantar memorandum ​berkenaan perkara itu pada jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat kementerian berkenaan.

"​​Kita harap akan dapat maklum balas positif daripada menteri terlibat secepat mungkin​," katanya dalam satu kenyataan media.​​

Iklan

Sebelum ini, ​Sinar Harian melaporkan, Simon mewakili persatuannya menggesa ​kementerian ​p​elancongan​ untuk melihat semula syarat perkhidmatan bas persiaran sedia ada yang wajib membawa pemandu pelancong bersama sekiranya jumlah penumpang melebihi tujuh orang​.​

"Kita harap ​k​ementerian ​p​elancongan dapat memberi kelonggaran dengan menetapkan syarat baharu iaitu bagi 10 penumpang ke bawah, pemandu bas persiaran tidak perlu membawa bersama pemandu pelancong​.

Iklan

"Ia juga dapat mengurangkan beban ​pemandu bas persiaran kerana mereka perlu mengeluarkan kos sendiri untuk mengambil khidmat pemandu pelancong yang kebiasaannya berharga antara RM200 ke RM250​," katanya.​​ ​​

Menurutnya, syarat itu dilihat hanya ​menguntungkan pengusaha perkhidmatan e-hailing yang bebas menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan membawa lebih daripada tujuh penumpang tanpa dikenakan apa-apa syarat.

ARTIKEL BERKAITAN Gesa longgar syarat penumpang bas persiaran