MELAKA - Kesiapsiagaan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di kebanyakan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berada pada tahap memuaskan, menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, kesemua 10 negeri yang dilawatinya mencatatkan skor melebihi lima daripada 10 markah dan ini memberikan petunjuk positif kesediaan mereka untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.