UMNO yakin menang PRU15 di Kedah
Iklan
Mahdzir pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Daya Maju (Come) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), di Pejabat KEMAS Padang Terap, Kuala Nerang pada Ahad.
PADANG TERAP - UMNO Kedah dilihat mampu untuk mencapai kemenangan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini berdasarkan kepada situasi semasa dan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti tersebut.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, laporan yang diperoleh menunjukkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga semakin baik.
Iklan
Iklan
"Kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bila berada dalam masa pilihan raya (PRU15), jadi saya fikir bahawa laporan, aktiviti dan juga melihat pada suasana saya yakin bahawa kita boleh, boleh dapat yang kita cita-citakan (menang PRU15 di Kedah)," katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Nerang pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas peluang UMNO dan BN bagi menghadapi PRU15 di Kedah selepas menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14.
Iklan
Mahdzir walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.
"Tak payah komen kot," katanya menjawab soalan wartawan.
Iklan
Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar itu melancarkan Pusat Daya Maju (Come) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), di Pejabat KEMAS Padang Terap, Kuala Nerang.
Sementara itu, dalam perkembangan isu kapal tempur pesisir (LCS) pula, Mahdzir melihat perkara itu perlu dilaporkan secara terbuka bagi mengelak dijadikan sebagai bahan politik oleh pembangkang.
Menurutnya, rakyat perlu memahami dengan sebenar isu tersebut agar tidak menjadi bahan politik seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada PRU14.
"Sebab itu Perdana Menteri ada sebut bahawa ada keterbukaan dalam siri laporan yang nak dilaporkan, jadi mana yang boleh diklasifikasi sebagai bukan lagi rahsia bagilah rakyat tahu apa-apa yang sepatutnya," kata Mahdzir.
Pada Ahad, media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu LCS dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>