Aktiviti mewarna Batik Canting

Iklan
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Simunjan menunjukkan Batik Canting yang dihasilkan mereka pada program Studio Kraf Kreatif anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini.

Dua buah sekolah di daerah Simunjan dipilih oleh MOTAC sebagai projek pilot bagi aktiviti mewarna Batik Canting bagi memupuk minat pelajar-pelajar sekolah agar mencintai produk kraf Malaysia dan seterusnya menjadi pelapis dalam industri kraf di masa akan datang