Lelaki ditahan ceroboh stor surau

Iklan
Suspek ditemui sedang tidur di lantai berhampiran stor sebuah surau di Taman Keramat pada Sabtu.

AMPANG - Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan kerana menceroboh stor sebuah surau di Taman Keramat di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, salah seorang ahli jawatankuasa surau berkenaan telah menerima pesanan daripada kumpulan WhatsApp mengenai kejadian surau dipecah masuk pada jam 7.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengadu telah buat pemeriksaan di surau 10 minit kemudian dan mendapati kesan umpil di bahagian pintu stor, tombol serta mangga telah dirosakkan selain keadaan di dalam surau berselerak.

"Suspek berusia 47 tahun itu ditemui sedang tidur di lantai dekat stor surau berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod dadah dan masih dikehendaki.

"Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Iklan

"Keterangan awal, suspek menceroboh stor surau tersebut kerana mahu mencari makanan," katanya.

Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun keseksaan.