Mayat wanita warga emas ditemui terapung
Iklan
KUALA LUMPUR - Pengunjung Taman Botani Perdana, Tasik Perdana dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas terapung di tasik tersebut di sini, pada Sabtu.
Pusat Gerakan Bomba (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuan dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.39 pagi.