'Peningkatan ahli baharu Pas luar biasa'
Iklan
Roslan Shahir
SHAH ALAM - Seluruh 22 kawasan Pas di Selangor menerima keahlian baharu luar biasa sejak pelancaran Kempen Pas Pilihanku pada 25 Jun lalu.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sambutan tidak terhad kepada kawasan majoriti Melayu sahaja sebaliknya memberangsangkan di kawasan bukan Melayu seperti Kota Subang, Kota Raja dan Damansara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 1,205 permohonan ahli diterima Julai lalu merupakan angka terbaik berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
"Setakat pertengahan Ogos, lebih 500 keahlian baharu diterima dan dijangka mencecah empat angka hujung bulan ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Beliau berkata, agenda penyatuan ummah menjadi teras politik masa depan Selangor bagi menumbangkan dan mengambil alih kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).
"Peningkatan mendadak keahlian baru Pas di negeri ini menjadi indikator penerimaan rakyat khasnya Melayu Islam terhadap agenda perjuangan Pas.
Iklan
"Pas menyasarkan melawan calon PH secara satu lawan satu pada PRU15. Segala usaha dijalankan untuk menjalin permuafakatan dengan rakan parti dengan fokus menumbangkan PH," katanya.
Tambah beliau, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin akan melancarkan Kempen Pas Pilihanku 4.0 peringkat negeri Selangor di Markas Pas Sungai Besar pada Ahad ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>