Dua rumah kongsi, kantin musnah dalam kebakaran

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

GUA MUSANG - Dua rumah kongsi didiami pekerja warga asing dan sebuah kantin pekerja musnah dalam kebakaran di kilang kayu di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.57 malam dan 13 anggota bersama tiga jentera digegaskan ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kebakaran tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.07 pagi tadi. Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat,” katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin berkenaan, Rosuhaizi Zakaria, 51, berkata beliau terdengar bunyi percikan api ketika sedang tidur lalu mengejutkan lima ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dua rumah kongsi berkenaan dan api marak dengan cepat memandangkan struktur rumah tersebut berasaskan kayu. - Bernama