Hospital Shah Alam cari waris pesakit

Iklan
Hospital Shah Alam mencari waris pesakit wanita yang meninggal dunia di hospital itu pada 12 Ogos lepas.

SHAH ALAM - Hospital Shah Alam memohon bantuan awam untuk menjejaki waris seorang pesakit wanita, T Vijayamala Veronica.

Menerusi kemas kini di Facebook Hospital Shah Alam, wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Tambah kenyataan itu, pesakit tersebut disahkan meninggal dunia pada 12 Ogos lepas pada usia 49 tahun.

"Alamat terakhir mendiang adalah di No 14 Jalan SS 9/10, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Iklan
Iklan

"Keluarga atau orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi unit perubatan forensik, Hospital Shah Alam di talian 03-55263000 atau 03-55264000 untuk urusan selanjutnya," menurut kenyataan itu pada Jumaat.