Pas perkasa penyatuan ummah, fokus satu lawan satu PRU15
Iklan
Khairil Nizam
SHAH ALAM - Pas akan terus berusaha menjayakan penyatuan ummah selain tetap fokus bagi memastikan agenda satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tercapai.
Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, agenda tersebut memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14 lalu.
Iklan
Iklan
"Kemenangan Pakatan Harapan (PH) jelas menjadi mimpi ngeri buat rakyat dan negara.
"Pemerintahan PH selama 22 bulan telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada kepentingan rakyat bahkan juga kedaulatan negara dan kepentingan umat Islam serta bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
"Prinsip Pas dalam politik adalah jelas dan Pas akan berusaha menyatukan parti-parti politik Melayu sebelum PRU15 melalui apa jua kaedah dan cara selagi tidak bercanggah dengan syariat dan dasar parti,” katanya dalam catatan di laman Facebook pada Khamis.
Jelasnya lagi, penyatuan ummah ini akan dilakukan dengan berasaskan kepada tiga prinsip utama yang telah digariskan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau iaitu adil kepada semua, satu keluarga Malaysia dan Islam memimpin.
Iklan
"Seiring dengan slogan ‘Islam Menyatukan Ummah’, Pas menyeru kepada semua pihak untuk mendukung agenda penyatuan ummah ini dan bersama membina semula negara Malaysia yang sejahtera,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>