Pemartabatan sejarah perlu dasar pendidikan jelas
Iklan
Rais Yatim - Foto Bernama
SEREMBAN - Usaha memartabatkan sejarah tempatan memerlukan dasar pendidikan yang jelas supaya dapat dihayati generasi akan datang, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, pengiktirafan untuk lebih ramai ilmuan sejarah dan arkeologi juga amat penting dalam pemuliharaan warisan sejarah dan budaya bangsa di negara ini supaya ia terus diperkasa.
Iklan
Iklan
"Ini bermakna kita harus menambah biasiswa dan latihan bagi menarik minat pelajar dalam bidang tersebut, apabila kepakaran bertambah dalam dua bidang ini, barulah corak pendidikan melalui sejarah akan meningkat.
"Pengabaian subjek sejarah dan arkeologi amat bahaya bagi generasi akan datang jika pengajaran sejarah itu berbaur prasangka atau prejudis," katanya ketika berucap pada Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan bertemakan 'Perkembangan Pensejarahan Negeri Sembilan'.
Iklan
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rais yang memberi contoh Negeri Sembilan berkata pemahaman mengenai Adat Perpatih dan susur-galur adat itu amat penting dijelaskan dalam pendidikan.
Katanya, kebijaksanaan, keindahan hidup tradisi di negeri Adat Perpatih itu harus dipupuk semula dengan peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertuan Besar, Ketua-Ketua Adat serta kerajaan negeri.
Iklan
"Kalau tidak diperkasakan daripada sekarang, dalam satu dekad masyarakat tidak kenal apa itu adat dan mereka akan mula mempersoalkan kedudukan adat," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>