Musk mahu beli The Red Devils

Iklan
Musk beri bayangan mahu membeli Manchester United & Ciapan Musk di Twitternya. (Gambar kecil: Elon Musk)

KETUA Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberi bayangan mahu membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

"Saya mahu membeli Manchester United terima kasih," kata Musk dalam satu ciapan di Twitter.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Musk yang merupakan manusia paling kaya dunia tidak menyatakan secara jelas sama ada dia merancang untuk meneruskan urus niaga itu.

Untuk rekod, Manchester United antara kelab yang memiliki ramai penyokong di seluruh dunia merupakan juara 20 kali liga Inggeris dan juara Liga Juara-Juara (Piala Eropah) sebanyak tiga kali dimiliki keluarga keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para penyokong The Red Devils melakukan protes terhadap keluarga Glazer, yang membeli kelab itu pada 2005 berikutan prestasi buruk.