Manchester City tambah lagi pemain

Iklan
Sergio Gomez

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City melengkapkan pembelian bek kiri kelahiran Sepanyol, Sergio Gomez dari kelab liga Belgium Anderlecht, kata juara Liga Perdana itu.

Pemain berusia 21 tahun itu, merupakan produk sistem remaja Barcelona dan beraksi di bawah bekas kapten City, Vincent Kompany di Anderlecht musim lalu.

Iklan
Iklan

Gomez berkemungkinan menjadi sandaran kepada Joao Cancelo, menggantikan bintang Ukraine,Oleksandr Zinchenk yang dijual kepada sensasi London, Arsenal bulan lalu.

Untuk rekod, Gomez merupakan pembelian keempat City pada jendela perpindahan ini selepas bintang Norway, Erling Haaland, pemain tengah England, Kalvin Phillips dan penjaga gol Jerman, Stefan Ortega.

Iklan
Iklan