Sultan Selangor, Sultan Perak berkenan lawat Perpustakaan Raja Tun Uda

Iklan
Dua dari kiri: Sultan Nazrin dan Sultan Sharafuddin ketika melawat Pustaka Raja Tun Uda, di sini pada Sabtu. Foto: Facebook Selangor Royal Office.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Perpustakaan Raja Tun Uda di sini bagi menyambut keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu.

Kunjungan tersebut dimuat naik dalam hantaran Facebook Selangor Royal Office yang mana ia merupakan lawatan sulung Sultan Nazrin ke perpustakaan terbabit.

Iklan
Iklan

Turut berangkat sama ke perpustakaan berkenaan ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dari kiri: Tengku Amir Shah, Sultan Nazrin dan Sultan Sharafuddin berkenan melawat Pustaka Raja Tun Uda di sini pada Sabtu. Foto: Facebook Selangor Royal Office.

Menurut hantaran berkenaan, Sultan Sharafuddin turut berkenan mengiringi Sultan Nazrin melawat ke ruang-ruang bacaan dan interaktif di perpustakaan terbabit.

Iklan

"Baginda juga mengiringi Sultan Perak untuk melihat koleksi peribadi buku-buku yang Baginda sumbangkan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda yang kini berjumlah 2,470 naskhah buku.

"Perpustakaan Raja Tun Uda yang dibuka pada 10 Disember 2011 adalah hasil cetusan idea Sultan Selangor, kini menempatkan lebih 360,000 naskhah buku dengan jumlah pengunjung mencecah 7.68 juta orang," kata hantaran tersebut pada Ahad.

Iklan