Lelaki ditemukan maut dipercayai dibunuh

Iklan
Gambar Hiasan

KOTA MARUDU - Seorang lelaki ditemukan maut dengan beberapa kesan tetakan pada anggota badan di Kampung Marak Parak, semalam.

Mangsa, Mastan Komong, 50, dijumpai terbaring berlumuran darah di luar sebuah pondok di kawasan kebun pada 4.30 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditetak di bahagian leher, muka dan tangan kanan.

Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi, polis berjaya menahan seorang suspek berumur 31 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu.

Iklan

"Punca kejadian dipercayai kerana pertengkaran antara suspek dan mangsa berkaitan paip air," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Polis turut menemui sebilah parang di tempat kejadian dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Iklan

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk dibedah siasat. -Bernama