MBSA anjur pertandingan kibar Jalur Gemilang

Iklan
Warga Shah Alam dipelawa menyertai Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-65 anjuran MBSA. - Foto 123rf

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-65 bermula pada Ogos sehingga 16 September.

MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan ini merupakan inisiatif MBSA untuk memupuk semangat cintakan negara dengan cara yang kreatif sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, pertandingan ini juga menggalakkan masyarakat untuk menghargai serta mencintai Bandaraya Shah Alam," kata kenyataan itu kepada Sinar Harian.

Orang ramai berminat menyertai pertandingan boleh berkongsi gambar atau video Jalur Gemilang dipasang pada bangunan, pejabat, rumah, kediaman atau premis perniagaan di sekitar Shah Alam.

Iklan

"Para peserta hanya perlu 'Like' dan 'Follow' semua saluran media sosial MBSA iaitu Facebook (@shahalamcitycouncil), Instagram (@sacitycouncil), Twitter (@sacitycouncil) dan Tiktok (@sacitycouncil) dan perlu menggunakan kapsyen bertemakan Hari Kemerdekaan berserta hashtag #kibarjalurgemilangMBSA," katanya.

Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar atau video terbaik dan mempunyai kapsyen yang paling kreatif bagi memaparkan semangat kemerdekaan.

Selain itu, katanya, para peserta perlu memastikan akaun media sosial peribadi telah ditetapkan sebagai awam (public), dan lokasi gambar atau video adalah di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Iklan

"Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar atau video terbaik dan mempunyai kapsyen yang paling kreatif bagi memaparkan semangat kemerdekaan.

"Tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penyertaan, tempat kedua RM350 berserta sijil penyertaan, tempat ketiga RM250 berserta sijil penyertaan dan 10 hadiah saguhati bernilai RM100 seorang kepada 10 pemenang berserta sijil penyertaan," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777.