Jalur Gemilang

Iklan
Sebahagian murid sekolah tahun tiga mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan sekolah bagi menyemarakkan suasana sempena bulan kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini, ketika tinjauan foto Bernama hari ini.

Semangat patriotik perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak bukan sahaja dalam Kemerdekaan malah perlu dizahirkan dalam kehidupan harian sekaligus memastikan negara tercinta ini terus aman dan sejahtera.

#KeluargaMalaysia Teguh Bersama menjadi tema bagi Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Iklan
Iklan