Jalur Gemilang rosak angkara lelaki kurang siuman

Iklan
Perbuatan pelaku merosakkan bendera yang dipasang dikesan melalui rakaman CCTV.

KUALA LUMPUR - Jalur Gemilang di Jalan Sultan Ismail di sini dirosakkan bukan kerana menghalang pemandangan, sebaliknya tindakan vandalisme itu dilakukan seorang lelaki kurang siuman.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu sekitar jam 12.58 tengah hari iaitu tiga hari selepas bendera tersebut dipasang sempena bulan kemerdekaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, perbuatan musnah laku dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Bilik Kawalan Operasi Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC).

"Hasil semakan melalui CCTV mendapati musnah laku tersebut dilakukan oleh orang kurang siuman," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok berkongsi video Jalur Gemilang di kawasan itu rosak selepas dikoyakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Keadaan bendera yang rosak dikongsikan seorang pengguna di aplikasi TikTok.

Sekurang-kurangnya tiga bendera di kawasan itu dirosakkan.

Iklan

Susulan daripada kejadian itu, DBKL meminta kerjasama daripada orang awam segera membuat aduan kepada DBKL melalui ADU@KL jika menemui Jalur Gemilang yang dipasang di tempat awam dimusnah laku untuk tindakan lanjut.