SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui 11 agensinya sedia membantu para belia yang gagal melanjutkan pelajaran tetapi mempunyai keinginan menceburi bidang keusahawanan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, para belia yang berminat untuk menjadi usahawan diminta tampil ke kementeriannya yang telah menyediakan pelbagai program berkaitan keusahawanan.