Watsons tawar hadiah rumah
Iklan
Caryn (empat dari kanan) dan Hock San (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis pelancaran kempen “Beli dengan Watsons dan Berpeluang Memiliki Rumah” di LBS SkyLake Residence @ Puchong, baru-baru ini.
WATSONS Malaysia (Watsons) telah melancarkan kempen 'Beli dengan Watsons dan Berpeluang Memiliki Rumah' yang membolehkan pemenang memiliki rumah baharu sekali gus menikmati lebih banyak ganjaran.
Kempen itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-12 Ahli Kelab Watsons pada tahun ini.
Iklan
Iklan
Pengarah Urusan, Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, sepanjang tempoh 12 tahun telah menyaksikan bagaimana jumlah keahlian Watsons semakin bertambah melebihi 7 juta ahli hingga hari ini.
Menurutnya, Watsons percaya pada ganjaran yang diberikan kepada ahli melalui pembelian barangan di Watsons dan ia merupakan cara mereka untuk memberikan penghargaan kepada ahli yang telah bersama jenama itu selama ini.
Iklan
"Pada tahun ini, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan LBS untuk memberi ganjaran rumah baharu di LBS Skylake Residence serta pelbagai hadiah menarik apabila pelanggan membeli-belah di kedai mahupun dalam talian Watsons.
"Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan pertama Asia dan Malaysia, Watsons berterima kasih kepada pelanggan terutamanya ahli kami yang setia bersama sepanjang tahun ini. Pada tahun ini, kami akan melancarkan Keahlian Kelab Watsons yang baharu, dengan lebih banyak faedah, ganjaran, kempen yang menarik serta pelbagai promosi kepada ahli dan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Majlis pelancaran kempen"Beli dengan Watsons dan Berpeluang Memiliki Rumah” telah diadakan di LBS SkyLake Residence @ Puchong, baru-baru ini.
Caryn (lima dari kanan) bersama Hock San (empat dari kanan) memotong kek sempena meraikan ulang tahun ke-12 Ahli Kelab Watsons.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Eksekutif LBS Bina Group, Datuk Cynthia Lim, duta Watsons, Ayda Jebat dan ramai Rakan Selebriti Watsons termasuk DOLLA, Nabil Mahir, Zoey Rahman, As'ad Motawh, Leona, Nana Sheme, Brandon Ho dan Bee Ramza.
Sementara itu, Hock San berkata, kerjasama dengan syarikat terkenal seperti Watsons bakal membawa peluang besar kepada kedua-dua pihak.
"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang menyertai kempen ini. Saya berharap agar LBS akan memperoleh tempat yang sangat istimewa di hati pemenang rumah idaman di samping menikmati rumah baharu mereka,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my/member-monthlyspecial.
Kempen berakhir pada 28 September 2022 dan untuk melihat projek-projek terkini LBS, layari www.lbs.com.my.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>