Covid-19: 4,684 kes baharu, 11 kematian

Iklan
KKM merekodkan sebanyak 4,684 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan lima daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 4,684 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,705,824.

Iklan
Iklan

Menurut portal CovidNow, 11 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,020.

Iklan

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 46,904 kes, dengan 45,264 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 28 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,556 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Iklan

Terdapat 56 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.