Politik negara masih berorientasikan personaliti, bukan polisi
Iklan
Saifuddin ketika berucap merasmikan pelancaran buku Genta Telah Berbunyi, Masa Untuk Generasi Baru di PAUM Clubhouse pada Sabtu.
KUALA LUMPUR - Politik di dalam negara masih di dominasi perbincangan berkaitan personaliti pemimpin berbanding daripada polisi yang mahu dilaksanakan.
Iklan
Iklan
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, masalah itu berlaku kerana politik negara kekurangan ahli politik yang memberikan penekanan untuk tujuan tersebut.
"Politik kita terlalu berorientasi personaliti dan kurang berorientasi polisi sedangkan untuk membangunkan negara dengan lebih baik kita perlu lebih banyak polisi dalam kalangan orang politik," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran buku bertajuk Genta Telah Berbunyi, Masa Untuk Generasi Baru hasil tulisan penulis dan budayawan, Raja Ahmad Aminullah di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse pada Sabtu.
Untuk menangani isu tersebut, Saifuddin berkata, parti politik perlu membaiki aspek pengkaderan dalam parti masing-masing dengan meningkatkan penghayatan terhadap budaya ilmu.
Iklan
"Sesetengah parti soal pengkaderan terutamanya berkaitan menghayati budaya ilmu ini masih kurang.
"Ini harus ditingkatkan baru kita dapat melatih ahli politik dan pimpinan yang berkualiti serta menguasai aspek pembinaan polisi," jelasnya.
Mengulas mengenai buku dilancarkan itu, Saifuddin berkata, ia merupakan naskhah yang perlu ditekuni oleh kumpulan pemimpin generasi muda.
Katanya, ini kerana buku tulisan Raja Ahmad yang diterbitkan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) itu kaya dengan 'azimat' daripada tokoh besar antaranya khalifah Islam terawal; sasterawan tersohor, WS Rendra dan pemikir, Edward Said.
Menerusi ucapan perasmiannya, Saifuddin berkata, buku itu turut memberi peringatan mengenai fungsi pemimpin dan pemegang jawatan tertentu di dalam negara yang bertanggungjawab memberi penerangan untuk memandaikan masyarakat.
"Bagi sesetengah orang, fungsi utama penerangan atau menerangkan ialah melakukan propaganda. Lagenda propaganda ialah menteri propaganda bagi bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler, iaitu Joseph Goebbels.
"Tetapi Raja Ahmad tidak mahu Goebbels. Yang beliau impikan ialah antara lain 'public intellectuals' serta gelanggang kebebasan untuk bersuara dan berkarya supaya rakyat menjadi pandai.
"Justeru, kita perlu menghidupkan budaya ilmu. Meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling atas; sentiasa menuntut ilmu; dan setiap keputusan serta tindakan adalah berasaskan ilmu," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.