Henti sementara pengambilan pekerja asing
Iklan
PUTRAJAYA - Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan dihentikan buat sementara waktu untuk tempoh mulai 15 hingga 31 Ogos.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan langkah itu dibuat bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja warga asing susulan pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 September.