Seorang maut, tiga cedera kejadian tembakan di Los Angeles

Iklan
Seorang maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan pada petang Rabu di Los Angeles, California. - Foto 123RF

LOS ANGELES - Seorang maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan pada petang Rabu di Los Angeles, California, lapor Xinhua.

Pegawai peronda menerima aduan mengenai kesalahan lalu lintas di Panorama City, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian polis menemukan ramai mangsa ditembak, memetik ciapan polis tempatan di Twitter.

Iklan
Iklan

Seorang mangsa maut di tempat kejadian dan tiga lagi mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Tiada maklumat mengenai suspek buat masa ini. Kami tidak dapat mengesahkan kaitan kejadian dengan aduan itu dan siasatan masih dijalankan," menurut polis.

Iklan

Pegawai polis sedang memburu seorang suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta berwarna gelap, dan memakai baju putih berseluar pendek gelap, lapor stesen Televisyen CBS Los Angeles. - Bernama

Iklan