Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor
Iklan
TENGKU ZAFRUL
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor melantik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN negeri itu pada Ahad.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan perkara itu berkata, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.
Iklan
Iklan
"Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor dan saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.
"Dengan sedikit rombakan ini sekurang-kurangnya akan dapat dijadikan sebagai satu semangat baharu kepada BN Selangor," kata pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam di sini pada Ahad.
Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor disempurnakan Ahmad Zahid (tengah).
Iklan
Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Julai lalu, Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Sungai Besar dilaporkan bersedia melepaskan jawatan sebagai Bendahari BN Selangor kepada Tengku Zafrul.
Iklan
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat memandangkan Tengku Zafrul mempunyai latar belakang perbankan dan lebih pakar dalam pengurusan kewangan.
Katanya lagi, pelepasan jawatannya kepada Tengku Zafrul adalah bukti keikhlasan beliau bagi melihat BN Selangor diterajui oleh kepimpinan dalam kalangan yang profesional dan berkarisma.
Dalam pada itu, Jamal turut menjelaskan bahawa jawatan Bendahari BN Selangor tersebut telah dipegang oleh beliau sejak tahun 2019.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>