Jangan merajuk, sabotaj parti jika tidak jadi calon PRU15: PM
Iklan
Ismail Sabri (tiga dari kiri) dan Noh (empat dari kanan) selepas Pembukaan Konvensyen Barisan Nasional Selangor 2022 di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada Ahad. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak merajuk atau sabotaj parti sekiranya tidak terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, jangkaan PRU15 akan diadakan dalam tahun ini atau tahun hadapan sebelum pemilihan UMNO.
"Sekarang ini sudah pasti PRU dulu sebelum pemilihan sama ada tahun ini atau tahun hadapan. Namun, saya risau ada yang dapat bertanding dan (ada yang) tidak dapat bertanding.
Iklan
Iklan
"Jadi, saya harap yang tidak dapat (bertanding) tidak merajuk, (merajuk) itu perkara biasa tapi jangan sabotaj kawan yang bertanding kerana yang penting adalah parti iaitu BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam di sini yang turut dihadiri Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar pada Ahad.
Iklan
Perdana Menteri berkata, beliau berharap perkara itu jelas kerana banyak kes berlaku pada PRU lalu, namun tidak berlaku di Selangor yang ketika ini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau, perjuangan BN di Selangor amat besar setelah tiga penggal berada di bawah PH.
Iklan
"PRU dah tak lama dan kita harus buat kerja seumpama akan ada PRU esok. Parti kita harus digambarkan sebagai parti yang kuat menerusi kesepakatan kita.
"Saya yakin Selangor mempunyai pengalaman amat luas dan sebaik saya umum bubar, kita mahu Selangor tawan semula negeri ini dan juga meletakkan sepenuhnya kerajaan Persekutuan di bawah BN," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.