Muda tubuh Majlis Rakyat di Puteri Wangsa

Iklan
Syed Saddiq ketika berucap pada persidangan Majlis Rakyat di Puteri Wangsa pada Ahad. Foto: Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menunaikan manifestonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu bagi menubuhkan Majlis Rakyat untuk mengangkat isu dihadapi penduduk setempat di sesuatu kawasan kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Majlis Rakyat itu buat julung kalinya bersidang di Puteri Wangsa pada Ahad di bawah kendalian Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu, Amira Aisya Abd Aziz.

Iklan
Iklan

"Manifesto ini dicapai dengan kerja keras, iltizam politik dan berteraskan politik dasar Muda. Tak sampai setahun, Amira Aisya sudah gerakkan manifesto Muda.

"Ini yang kita sebut, kalau nak seribu daya, kalau tak mahu berjuta dalih. Jangan banyak dalih, ini masa kita ambil alih,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, Majlis Rakyat adalah sebuah majlis penduduk setempat untuk berbincang, berbahas dan dan mengangkat isu rakyat kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib.

Jelasnya, majlis yang mempunyai fungsi serupa itu sudah dilaksanakan di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Ireland dan United Kingdom (UK).

Iklan