RUU Anti Lompat Parti kejayaan PM

Iklan
Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ( tengah) hadir Perhimpunan Bulanan Kementerian Luar Bandar (KPLB) di Dewan Kejora Bandar Penawar, pada Ahad.

KOTA TINGGI - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) dan pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti di Dewan Rakyat yang diluluskan pada Khamis lalu membuktikan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid

berkata, kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri melakar sejarah dengan RUU tersebut selain meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Iklan
Iklan

"Beliau mempunyai dua kejayaan, pertamanya pindaan Perlembagaan MA63 yang mendapat dua pertiga sokongan, pembangkang bagi sokongan kira-kira lebih 148 orang.

"Sekali lagi Perdana Menteri dapat (sokongan) 209 ahli Parlimen iaitu lebih dua pertiga majoriti (RUU lompat parti)... Ini merupakan satu lagi kejayaan beliau,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Luar Bandar (KPLB) di Dewan Kejora, Bandar Penawar, pada Ahad.

Iklan

Pada Khamis, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Iklan