Terserah pada PM tentu tarikh pertemuan: Muhyiddin
Iklan
KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menentukan tarikh pertemuan bagi membincangkan kembali terma perjanjian yang masih belum dipenuhi melibatkan parti gabungan itu.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara terma akan dibincangkan melibatkan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta bilangan jawatan dalam kabinet untuk diisi wakil rakyat PN.