TOKYO - Jepun mencatatkan 233,100 kes harian Covid-19 pada Khamis, memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan buat pertama kali melepasi angka 40,000 ketika berdepan gelombang ketujuh wabak Covid-19 akibat varian Omicron, memetik laporan Kyodo.