Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka

Iklan
Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di sini. - Foto PDRM

TAMPIN - Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Gemas pada Khamis.

Ketua Polis daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu seorang lelaki berusia 30-an hendak mengisi minyak di pam nombor dua di stesen minyak tersebut.

Iklan
Iklan

"Kenderaannya turut terlanggar seorang lelaki yang sedang membeli barang runcit di dalam premis tersebut dan mengalami luka kecil," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu juga premis berkenaan mengalami kerosakan.

Iklan

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Iklan