Perbelanjaan kerajaan RM86.7 bilion pada suku pertama: MoF
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Iklan
Iklan
"Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung bayaran emolumen (RM22 bilion), bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan (RM8.4 bilion).
"Selain itu, sebanyak RM11.5 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif termasuk subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak serta bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.
Iklan
Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mengenai keupayaan semasa kewangan kerajaan menunaikan komitmen pembayaran hutang, tanggungan subsidi dan pembayaran emolumen dan pencen.
Beliau juga ingin tahu nilai keseluruhan komitmen tanggungan subsidi, emolumen dan pencen serta bayaran hutang setakat suku pertama tahun 2022.
Iklan
Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen merupakan komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain.
Sehubungan itu, kerajaan sentiasa memastikan agar kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh bagi memastikan keupayaan untuk membayar komitmen tersebut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>