Hotel diserbu, wanita cuba terjun dari tingkat 5

Iklan
Antara wanita yang ditahan dalam serbuan itu.
KUALA LUMPUR - Cubaan wanita warga Indonesia yang nekad mahu terjun tingkap bilik hotelnya untuk meloloskan diri hanya sia-sia apabila tindakan itu berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, sepasukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan Ops Gegar di sebuah hotel tiga bintang di Jalan Kepong, di sini, malam tadi.

Operasi bermula jam 9 malam itu mengesan kegiatan tidak bermoral yang dipercayai dilakukan wanita warga asing di hotel berkenaan.

Iklan
Iklan

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, terdapat dua wanita warga Indonesia yang cuba terjun daripada tingkap di tingkat lima, namun tindakan itu berjaya digagalkan selepas pegawai operasi terpaksa memecahkan pintu bilik untuk menidakkan tindakan wanita itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi sehingga jam 11 malam ini telah menahan seramai 22 wanita warga asing disyaki pelacur berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

Iklan

"Semakan mendapati 11 daripada mereka adalah warga Indonesia, Vietnam (6 orang), Thailand (3 orang), Bangladesh (1 orang) dan seorang warga Laos.

"Turut ditahan adalah tiga lelaki warga tempatan merupakan penjaga premis," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati, wanita ini disyaki datang ke Malaysia sebagai pelancong dan kerap keluar masuk negara untuk bekerja di spa hotel berkenaan.

Katanya, terdapat tawaran oleh wanita terbabit untuk kegiatan tidak bermoral dengan harga RM190 sehingga RM250.

"Ketika operasi, kita dapati wanita-wanita ini disembunyikan di dalam bilik hotel bagi mengelakkan mereka tertangkap. Kita akan panggil pihak hotel untuk membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.