SHAH ALAM - Semakin ramai ibu bapa dan golongan dewasa kini yang ghairah berkongsi gambar dan rakaman video membabitkan kanak-kanak untuk tontonan umum di media sosial.
Namun, sedar atau tidak, kandungan video gelagat kanak-kanak yang dimuat naik di aplikasi seperti TikTok, Facebook dan Instagram itu boleh mengundang perlakuan jenayah terutama pedofilia serta gangguan seksual.