Haaland perlu lebih masa kembali tajam

Iklan
Haaland cuba melepaskan diri dari kawalan para pemain Bayern Munich dalam aksi pramusim di Lambeau Field, Green Bay, Wisconsin. - Foto AFP

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland memerlukan lebih masa untuk kembali tajam bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu walaupun menjaringkan gol pada penampilan sulung pramusimnya ketika menang 1-0 ke atas Bayern Munich, kata pengurus The Citizens, Pep Guardiola.

Haaland, yang menyertai gergasi EPL itu dengan kontrak lima tahun bulan lalu, mendapat hantaran lintang Jack Grealish sebelum merembat dari jarak dekat pada minit ke-12 untuk kemenangan ke atas skuad asuhan Julian Nagelsmann di Lambeau Field, Wisconsin.

Iklan
Iklan

Guardiola memuji naluri pencetak gol berusia 22 tahun tersebut bagaimanapun berkata, pemain Norway itu perlu diuruskan dengan berhati-hati untuk membantunya kembali cergas sepenuhnya.

"Dia menjaringkan gol, itu yang penting. Jenis gol di hadapan penjaga gol di mana kelibatnya sentiasa dia hadir. Minit pertama, dia memerlukan lebih banyak rentak dan masa, namun apabila dia sudah mempunyai 45 minit itu sudah terbaik untuknya.

Iklan

"Kita akan lihat bagaimana dia bertindak balas terhadap kelemahan minggu sebelumnya. Kami mempunyai minggu panjang untuk persediaan perlawanan selepas kembali dari pramusim.

"Dalam dua atau tiga minggu itu kami akan mendapat prestasi terbaik,” kata Guardiola.

Iklan

Untuk rekod, Manchester City dijadualkan menentang pemegang Piala FA, Liverpool dalam Perisai Komuniti pada Sabtu, sebelum menyingkap tirai kempen mempertahankan kejuaraan dengan bertandang ke Stadium London berdepan West Ham United pada 7 Ogos.