Lelaki tumbuk bekas isteri ditahan

Iklan
Mohamad Farouk

AMPANG - Berang tidak dapat berjumpa anak, seorang lelaki memukul bekas isterinya hingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melur, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga seorang peniaga pulang ke rumah mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak.

Iklan
Iklan

"Wanita berusia 47 itu kemudian pergi ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan polis, namun dia telah dimaklumkan oleh anaknya bahawa bekas suaminya berada di rumah.

"Pergaduhan berlaku setelah wanita tersebut pulang semula ke rumah dan mangsa telah ditumbuk oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohamad Farouk berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk.

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang," katanya.

Iklan

Beliau berkata, susulan daripada kejadian itu, sepasukan anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) menahan suspek berusia 57 tahun pada jam 7.38 malam di rumah terbabit.

"Kita turut merampas tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dan hasil ujian air kencing ke atas dapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC)," ujarnya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai sembilan rekod berkaitan kes dadah.

"Suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.