Sukan Komanwel: Xian Hao tarik diri
Iklan
Xian Hao terpaksa menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel Birmingham 2022 kerana masalah kecederaan.
ATLET triatlon negara, Chong Xian Hao menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini, kerana masalah kecederaan.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan pada Sabtu mengesahkan Xian Hao menarik diri setelah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan persiapan ke temasya berprestij berkenaan baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Kenyataan itu memaklumkan tindakan tersebut diambil setelah mendapat pengesahan tahap kecederaan atlet itu daripada Institut Sukan Negara (ISN).
"Susulan penarikan diri Xian Hao, bilangan atlet dalam kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2022 adalah seramai 104 orang.
Iklan
"Pihak MOM berharap agar beliau akan kembali pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kembali beraksi dalam tempoh terdekat," menurut kenyataan itu.
Xian Hao, 21, yang sepatutnya membuat penampilan kedua di temasya itu, sebelum ini menamatkan saingan di tempat ke-30 daripada 36 peserta dengan catatan masa 1:04:45 saat pada edisi 2018 di Gold Coast. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>