Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai lima individu telah dirakam keterangan berhubung kes pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu video tular dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.