[VIDEO] Polis beri amaran, jangan terlibat himpunan esok

Iklan
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.Noor Dellhan

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang notis kebenaran diberikan berkaitan penganjuran himpunan yang didakwa akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiada sebarang permakluman diberikan berkaitan himpunan tersebut.

Iklan
Iklan

"Polis menerima maklumat berkaitan satu himpunan yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada petang esok, namun tiada notis permakluman kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai himpunan tersebut.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam himpunan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Iklan

Pada Jumaat, tular hantaran di media sosial mengenai satu himpunan yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.