Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas penunjuk perasaan
Iklan
KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama"Great March of Return” pada 30 Mac.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walajupun dengan apa cara sekalipun.